Tanggal 5 Dec lalu adalah hari di mana satu kejadian malang menimpa diri H. Hanya disangka sebagai suatu yang "tidak ada apa2 lah...." pada awalnya berubah menjadi suatu yang menakutkan bagi kami, apatah lagi si H. Hanya jatuh tangga di rumah aje pada mulanya..dan keadaan H pada ketika itu tidak begitu merunsingkan. 7 Dec 2021... Bahagian pinggul belakang mula membengkak dan H seperti tidak keruan. Sakit bukan kepayang lagi tatkala ini. Hinggakan tiada lagi lelap untuk tidur. Terpaksa bertahan dengan painkiller agar sakit tidak terlalu kuat. 12 Dec 2021 Kerana tidak lagi dapat menahan kesakitan, kami memutuskan untuk membawa H ke Hospital Pontian dan seterusnya ke Hospital Sultanah Aminah, JB untuk operation membuang nanah pada bengkak. Ketika di bawa masuk ke Dewan Bedah Selepas menjalani pembedahan
Setelah dicita2 dan difikir2 " boleh ke tidak ?"..." rajin ke nak update nanti ?".... " nak letak konten apa ekk ?"...dan pelbagai lagi persoalan di minda pada sekian lama..akhirnya tercipta jugalah blog yang satu ini. Kami setuju untuk coretkan apa sahaja yang terlintas di minda atau lepaskan apa sahaja yang terpuruk di lubuk hati melalui penulisan. Ye lah, setidak-tidaknya apa yang kita tulis atau luahkan pada saat ini akan menjadi kenangan yang best bila disingkap pada masa depan nanti. Untuk pembaca blog ini, kami memohon maaf andaikata penulisan kami tidak begitu menarik ye.
Ulasan
Catat Ulasan