Musibah
Tanggal 5 Dec lalu adalah hari di mana satu kejadian malang menimpa diri H. Hanya disangka sebagai suatu yang "tidak ada apa2 lah...." pada awalnya berubah menjadi suatu yang menakutkan bagi kami, apatah lagi si H. Hanya jatuh tangga di rumah aje pada mulanya..dan keadaan H pada ketika itu tidak begitu merunsingkan. 7 Dec 2021... Bahagian pinggul belakang mula membengkak dan H seperti tidak keruan. Sakit bukan kepayang lagi tatkala ini. Hinggakan tiada lagi lelap untuk tidur. Terpaksa bertahan dengan painkiller agar sakit tidak terlalu kuat. 12 Dec 2021 Kerana tidak lagi dapat menahan kesakitan, kami memutuskan untuk membawa H ke Hospital Pontian dan seterusnya ke Hospital Sultanah Aminah, JB untuk operation membuang nanah pada bengkak. Ketika di bawa masuk ke Dewan Bedah Selepas menjalani pembedahan